Saturday, February 6, 2010

MAJLIS MEMASAK BUBUR ASYURA 2010

PNZkini: SMKPNZ melakar sejarah baru apabila berjaya menganjurkan satu majlis memasak Bubur Asyura buat kali pertama sejak sekolah mula beroperasi pada tahun 2003. Majlis anjuran Kelab Guru & Kakitangan (KGK) SMK PNZ di bawah pimpinan Kaunselor PNZ, iaitu Ym Tuan Kob Tuan Ibrahim bersama jawatankuasa KGK yang lain. Dengan dibantu oleh guru-guru, pelajar-pelajar, staf sokongan, pekerja sekolah sebanyak 8 kawah bubur asyura telah berjaya disiapkan.


Pada jam 12.30 tgh, jawatankuasa pengagihan assyura mulai membungkus dan mengagihkan bubur asyura kepada semua pelajar, guru, staf dan pekerja. Tinjauan krew PNZkini mendapati sambutan yang diberikan oleh pelajar adalah amat menggalakkan. Rata-rata pelajar menyukai bubur asyura yang dimasak dan sangat berpuas hati.

Turut hadir mengacau bubur asyura ialah pengerusi PIBG , Haji Abd Rashid Bin Awang, dan Naib pengerusi PIBG, Hj Amlin Bin Yaacob. Pengetua SMK PNZ, Hj Mhd Ramli Che Mat juga meluangkan masa mengacau bubur asyura bersama guru-guru & para pelajar.


No comments:

Post a Comment