Monday, March 29, 2010

GERAK KEMPEN MENANGANI DISIPLIN MURID

"HARGAILAH DIRI ANDA"








ASP Mohd Haki Abdullah sedang menyampaikan ceramah
Ustaz Norden dari SK Felda Tenang
"
HARGAILAH DIRI ANDA"
Pn. Hayati

28 Mac- Tema "HARGAILAH DIRI ANDA" - Anjuran KPM dan MAPAN, dengan kerjasama JPNT dan PPD Besut. SMKPNZ merupakan tuan rumah. 10 buah sekolah di daerah Besut terlibat dalam program ini yang dipenuhi dengan slot ceramah penuh informasi dengan 3 penceramah jemputan iaitu Ustaz Norden dari SK Felda Tenang, Pn. Hayati Abdul Wahab, Kaunselor dari SMK Tg. Mahmud 2 dan ASP Mohd Haki Hasbullah dari IPD Besut. MAPAN turut menyediakan pameran untuk para pelajar yang terlibat dalam program ini. Cenderahati juga diberikan kepada setiap pelajar dan guru pengiring, serta poster untuk setiap sekolah. Pihak JPNT juga turut memberi sijil kepada semua peserta yang hadir.

Saturday, March 20, 2010

Hadiah Untuk Athlit Sukan PNZ 2010

Syabas & Tahniah untuk athlit emas PNZ
Athlit Sukan SMKPNZ menerima Pingat & Sijil Penghargaan dalam penyertaan Kejohanan olahraga MSSM Besut kali ke-41 di mini Stadium Kg Raja 7-10 Mac 2010

Aina Amirah Che Abas menerima hadiah Peserta Terbaik P15

Aina Amirah menerima hadiah daripada En Wan Pauzi Bin Wan Mohamed, PK Kokurikulum SMKPNZ

Mohd Riduan turut menyumbang pingat emas acara jalan kaki 3 km L18.Syabas!








TAHNIAH & SYABAS !

Hadiah Untuk Buku Kawalan Kelas Terbaik

Hadiah untuk penjagaan Buku Kawalan Kelas yang bersih, kemas dan Rapi telah disampaikan semasa sesi perhimpunan rasmi mingguan sekolah pagi tadi. Kelas 4A6 yang dipimpin oleh arwah Cg Nawi Abd Rahman telah dipilih oleh Unit HEM untuk kategori Buku Kawalan Terbaik. Manakala kelas 5A1 menduduki tempat ke-2 dan kelas 4A4 tempat ke-3. Hadiah disampaikan oleh En Amran Bin Ibrahim,PK HEM.

Mc Majlis Pn Siti Ruhana Bt Ab Lah menayangkan buku kawalan kelas 4A6 yang dipilih sebagai Buku Kawalan Kelas terbaik
Kelas 4A6 memenangi tempat pertama

Kelas 5A1 menduduki tempat ke-2

Kelas 4A4 tempat ke-3.Syabas!

Wednesday, March 17, 2010

PEPERIKSAAN OTI 1 2010

PEPERIKSAAN OTI 1 BAKAL DIDUDUKI PELAJAR SMK PNZ

Selepas cuti persekolahan selama 1 minggu ini, Pelajar SMK PNZ akan menduduki peperiksaan OTI 1 yang akan bermula pada 28 Mac 2010. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga  5 terlibat dengan peperiksaan ini. Semoga Berjaya untuk semua.
Selamat Mengulangkaji pelajaran.


Keputusan Peperiksaan yang membanggakan diri sendiri, Keluarga & sekolah.  Semoga berjaya untuk semua pelajar SMK PNZ.

Sunday, March 14, 2010

Kelas Tambahan

Kelas Tambahan Masa Cuti......

Pnzkini:..Bermula 13 Mac 2010 sehingga 15 Mac 2010 kelas tambahan akan diadakan bagi memastikan pelajar terus belajar dan bersedia sepanjang masa. Semoga usaha gigih guru dan pelajar SMK PNZ pada tahun ini membuahkan kejayaan kepada mereka dalam peperiksaan PMR dan SPM.








Kelihatan Teacher Karimah bersama pelajar 3A....Hazazi dan Ruzaini begitu khusyuk mendengar tunjukajar dari Teacher Karimah semasa sesi kelas tambahan

Thursday, March 11, 2010

HARI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009

Tahniah! Khairunisa Syafika Abdul Rani
Pelajar Terbaik SPM 2009

Khairunisa Syafika Ab Rani,5Sc (5 dari kiri) Bersama  Pn Zailani Mat (pengurus Projek SPM), Hj Mhd Ramli Che Mat (Pengetua) En Abd Rahim Abdullah (PK 1), Ym tuan Kob (Kaunselor) & En Wan Pauzi (Pk Ko) semasa di Dewan Terbuka SMK PNz di hari penyampaian slip peperiksaan SPm 2009

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010

Saksikan warna warni Majlis sambutan Smk PNZ tahun 2010 ini.
Syabas kepada semua yang berjaya

Aina Amirah Bt Che Abas menggondol anugerah Peserta Terbaik P15
2 Emas 1 Perak & 1 gangsa










PNZ muncul tempat ke-8 keseluruhan

Saturday, March 6, 2010

SELAMAT HARI LAHIR GURU KU

SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIKURNIAKAN SIHAT TUBUH BADAN AGAR DAPAT TERUS BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

MC majlis Penyampaian Hadiah Hari jadi, pn Nik Zuraina
LAHIR BULAN JANUARI
LAHIR BULAN FEBRUARI
LAHIR BULAN MAC
KONTINJEN PNZ KINI SEDIA BERJUANG
KEJOHANAN OLAHRAGA KE-44 MSSM BESUT 2010

         Pnzkini: Dengan seramai 50 orang athlit menggalas cabaran pasukan PNZ dalam kejohanan olahraga MSSM Besut pada tahun ini, skuad PNZ menjangkakan dapat meraih sekurang-kurangnya 9 pingat emas bagi menggungguli kejohanan kali ini.Pada tahun 2009, PNZ dikecewakan oleh SM Tengku mahmud apabila kurang 1 lagi emas untuk menduduki tempat ke-2 keseluruhan apabila mendapat 8 pingat emas dan 5 perak.

        Athlit Pnz yang dijangka menyerlah pada tahun ini ialah Aina Amirah Bt Che Abas yang telah dinobatkan peserta terbaik kategori P15 pada tahun 2009 apabila beliau menggondol 3 pingat emas.


Majlis Penyerahan bendera Untuk Kontinjen Olahraga SMK PNZ

Pengetua Menyampaikan kata-kata perangsang dan semangat untuk athlit PNZ

Athlit Lelaki PNZ yang bakal menggalas cabaran di MSSm Besut

athlit perempuan yang diharapkan dapat menyumbang pingat emas

Penyerahan Pakaian untuk Athlit Sukan PNZ oleh Pengetua PNZ, Hj Mhd Ramli

Chef de Mission PNZ, Hj Mhd Arshad Abu Bakar menerima bendera Sekolah daripada Pengetua