Sunday, April 4, 2010

PESTA HOKI BESUT 2010

kEPUTUSAN hoki mssm BESUT 2010

SMK. Permaisuri Nur Zahirah (P18) Johan Hoki MSSD Besut 5 Tahun Berturut-turut.


Pasukan Hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SMKPNZ), Perempuan bawah 18 Tahun berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi 4 tahun berturut-turut apabila berjaya menyingkirkan, MRSM Kota Putera dalam final Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) peringkat daerah Besut pada 8 April yang lepas..


Perlawanan yang dilangsungkan di padang SMK. Permaisuri Nur Zahirah yang bermula pada 1-8 April 2010 itu menyaksikan tuan rumah menang 2-1 hasil penentuan penalti strok setelah kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 0-0 sehingga tamat masa permainan. Nurul Azwani Bt. Amlin dan Aina Amirah Bt. Che Abas menjadi wira pasukan tuan rumah apabila berjaya menyempurnakan penalti strok seterusnya mengesahkan kemenangan pasukan SMKPNZ bagi kategori perempuan bawah 18 tahun.


Bagi kategori Lelaki Bawah 18, Pasukan SMKPNZ turut mara ke final namun terpaksa akur sebagai naib johan setelah tewas kepada pasukan SMK. Seri Bukit Puteri 2-0.


Pada Kejohanan Hoki MSSD Besut pada kali ini disertai oleh 30 pasukan melibatkan sekolah menengah dan zon (sek. Ren) dengan 4 kategori dipertandingkan. Antara kategori tersebut L12, P12, L18 dan P18. Keputusan penuh kejohanan tersebut adalah seperti berikut :


Kategori Johan Naib Johan Ketiga


L12 Zon Jerteh Zon Jabi -


P12 Zon Kual Besut Zon Jabi -


L18 SMK. SBP SMKPNZ SM. Teknik Besut


P18 SMKPNZ MRSM Kota Putera SMK. TM


Penyampaian hadiah disempurnakan Oleh Tn. Hj Mhd. Ramli B. Che Mat , Pengetua SMKPNZ.

Dengan Kejayaan kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan seramai 9 orang pemain dari SMK. Permaisuri Nur Zahirah akan mewakili Daerah Besut Ke Kejohanan hoki MSSM peringkat negeri Terengganu yang akan diadakan di Kemaman pada 22-24 April 2010..


Kejayaan ini disifatkan jurulatih SMKPNZ, Mohd Ramlan Murudin sebagai pencapaian membanggakan sekolah. SMK. Permaisuri Nur Zahirah adalah sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Projek Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek tersebut yang telah dimulakan pada tahun lepas telah banyak membantu meningkat mutu permainan hoki di kalangan pemain-pemain SMKPNZ.



SMKPNZ: Kini Pesta Hoki Daerah Besut 2010 sedang berlangsung di Padang SMK Permaisuri Nur Zahirah, Besut. Terdapat 4 kategori dipertandingkan iaitu:
Sekolah Menengah
1. Kategori Lelaki 18 thn (L18)
2. Kategori Perempuan 18 thn (P18)
Sekolah Rendah
1. Kategori Perempuan 12 thn (L12)
2. Kategori Perempuan 12 thn (P12)


Pasukan SMK PNZ menghantar 2 pasukan untuk L18 iaitu pasukan A dan Pasukan B. Menurut Jurulatih SMK PNZ En Ramlan Murudin, Pasukan A PNZ mempunyai peluang yang cerah untuk merangkul kejuaraan. Saingan yang hebat dijangka datangnya dari pasukan SM Teknik Besut, SM Tg Mahmud dan Maktab Rendah Sains Mara KoPu.

Aksi perlawanan PNZ B lawan MRSM Kota Putra

En Mohd Ramlan Murudin, jurulatih hoki Smk PNZ

No comments:

Post a Comment